{ Jadual Kapal Grand Vision Ke Sabah & Sarawak }

INFO BERLEPAS DAN KETIBAAN KAPAL GRAND VISION KE SABAH SARAWAK & KE SEMENANJUNG

⚠️ Pihak Kapal Grand Vision berhak meminda jadual pelayaran kapal disebabkan oleh kekurangan muatan kargo (low cargo inducement), had kapasiti berlabuh di pelabuhan, faktor cuaca, dan/atau sebarang kejadian luar jangkaan lain yang munasabah tanpa sebarang notis.

Proses Menurunkan Kenderaan Dan Pelepasan Kastam (Custom Clearance) Mengambil Masa 2 ke 3 Hari Bekerja Selepas Kapal BERLABUH (Tidak Termasuk hari Ahad & Cuti Umum).Waktu ini Bergantung Kepada Beberapa Faktor Seperti Proses dokumentasi Kastam dan Pengurusan Pihak Pelabuhan dan Perjalanan Kapal RoRo Grand Vision.

Buat Pelanggan Kami Yang Akan Mengambil Kenderaan,Kami Akan Maklumkan Melalui Whatsapp.

Sila Berhubung Dengan Pegawai Operasi Kami Sebelum Mengambil Kenderaan Dan Jangan Lupa Membawa Resit Sebelum Mengambil Kenderaan.

📢 Makluman Penting: Perkhidmatan kami adalah secara PORT-TO-PORT (Pelabuhan ke Pelabuhan) SAHAJA. Pelanggan dikehendaki menghantar dan mengambil sendiri kenderaan di terminal pelabuhan yang telah ditetapkan mengikut jadual operasi.

Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Hantar Kereta Ke Sabah Sarawak Dan Ke Semenanjung.Semoga Tuan & Puan Sihat Selalu,Banyak Rezeki & Berjumpa Lagi.

📢 PANDUAN TARIKH AKHIR PENYERAHAN KENDERAAN (KE SABAH & SARAWAK)

  • Sila pastikan kenderaan anda dihantar ke Pelabuhan Pelepasan (atau Yard khusus untuk laluan ke Sabah & Sarawak) 5 HARI SEBELUM ETD (Tulisan Biru) yang dipaparkan di bawah. Maklumat lokasi dan nombor telefon PIC bertugas boleh dirujuk dalam e-mel invois anda.
  • Sistem pengiraan kami akan melaraskan tarikh serahan (*Closing Date*) secara automatik sekiranya jadual pelayaran kapal (*ETD*) berubah.
💡 Cara Semak Anggaran Tarikh Ambil Kenderaan: Rujuk ruangan ETA (ARRIVAL) untuk mengetahui tarikh anggaran kapal sampai. Biasanya tarikh serahan kenderaan sebenar adalah sangat tepat dan tidak lari jauh daripada tarikh ETA yang dipaparkan. Sila tunggu WhatsApp pengumuman rasmi daripada pihak kami untuk proses urusan serahan yang dijana secara automatik melalui sistem kami.
SHIPMENT VESSEL NAME VESSEL NO CLOSING DATE ETD (DEPARTURE) ETA (ARRIVAL) STATUS
WESTPORT - PORT KOTA KINABALU GRAND VISION 292 -- -- --
WESTPORT - PORT KOTA KINABALU GRAND VISION 294 -- -- --
WESTPORT - PORT KOTA KINABALU GRAND VISION 296 -- -- --
WESTPORT - PORT KOTA KINABALU GRAND VISION 298 -- -- --
WESTPORT - PORT KOTA KINABALU GRAND VISION 300 -- -- --
WESTPORT - PORT KOTA KINABALU GRAND VISION 302 -- -- --
WESTPORT - PORT KOTA KINABALU GRAND VISION 304 -- -- --
WESTPORT - BINTULU GRAND VISION 293 -- -- --
WESTPORT - BINTULU GRAND VISION 295 -- -- --
WESTPORT - BINTULU GRAND VISION 297 -- -- --
WESTPORT - BINTULU GRAND VISION 299 -- -- --
WESTPORT - BINTULU GRAND VISION 301 -- -- --
WESTPORT - BINTULU GRAND VISION 303 -- -- --

💡 CARA JADUAL KAPAL GRAND VISION BERFUNGSI (INFO MUDAH)

  • Guna Satu Kapal Sahaja: Kapal (Grand Vision) bergerak secara ulang-alik dari Port Klang ke Sabah & Sarawak. Ia macam bas harian yang pusing laluan sama.
  • Perubahan Jadual: Disebabkan kapal yang sama digunakan, kalau pelayaran pertama lambat (contohnya sangkut sebab cuaca atau urusan kastam), jadual pelayaran seterusnya akan ikut berubah lewat sedikit secara automatik.
  • Jangan Terlepas Kapal: Pastikan anda hantar kereta sebelum tarikh tutup (warna biru) supaya kereta anda sempat masuk ke dalam perut kapal ya.

Jadual Dari Sabah Sarawak ke Semenanjung

Untuk melihat jadual pelayaran balik ke Semenanjung dari Sabah & Sarawak, sila klik butang di bawah

VESSEL TRACKING

Vessel Tracking Premium Kapal RoRo Ke Sabah, Sarawak & Semenanjung Buat Pelanggan Yang Menggunakan Perkhidmatan Kami.